Pesta Belia Keuskupan 11



PESTA BELIA KEUSKUPAN 11
KEUSKUPAN AGUNG KOTA-KINABALU


Pengenalan:
PBK-11 ini merupakan suatu penyataan kepada para belia bahawa gereja mengambil berat tentang kehidupan mereka serta ingin berjalan bersama dengan mereka.Ia juga suatu peluang untuk menyegarkan dan meneguhkan kembali iman para belia yang semakin dihimpit oleh arus negatif globalisasi dan pelbagai bentuk pilihan hidup yang sangat mementingkan kebendaan dan hiburan.

Banyak aktiviti belia yang dianjurkan untuk membantu perkembangan iman mereka,namun realitinya aktiviti-aktiviti yang diadakan masih jauh daripada cukup untuk menampung kebingungan dan kerapuhan iman para belia.Kita masih melihat ramai yang tidak setia kepada Yesus didalam sabda dan Ekaristi,dimana Yesus hadir secara nyata.

Melalui aktiviti-aktiviti PBK-11,para peserta saling dapat mengongsikan pengalaman iman,kepahitan,keluhan,kegembiraan,kurnia yang mereka miliki dan mengalami cinta kasih Tuhan melalui persahabatan dengan sesama.Terlebih penting,mereka diharap dapat menemui ruang pertobatan yang membawa mereka kembali kepada Tuhan dan setia kepadaNya dan menjadikan Ekaristi sebagai sumber kekuataan iman mereka.

Tema:
Tema PBK-11 ini diambil dari tema Hari Belia Sedunia tahun ini iaitu "Guru yang baik,apakah yang harus ku perbuat untuk memperolehi hidup yang kekal?" (Mrk 10;17)

Objektif:1. Agar para belia menyedari,menghargai dan menghidupi panggilan sebagai kristisn katolik.
2. Agar para belia lebih berani untuk meneruskan misi Kristus dalam dunia masa kini.

Matlamat:
Adalah diharapkan agar melalui PBK-11 ini,para belia menyedari,menghargai dan menghidupi panggilan sebagai kristisan katolik serta para belia lebih berani untuk meneruskan misi Kristus dalam dunia masa kini.

Tarikh :
6-9 September 2010

Tempat :
Katedral Sacred Heart Kota-Kinabalu,Sabah